Well, hello there bloggers. It's been quite a day for us in 2108. Why? AHA. Suit yourself with our little roomate's new update. You just messed with the wrong person, kid.
Ini adalah apa yang dikarang sendiri oleh Sya dalam surat permohonan pertukaran bilik beliau untuk semester hadapan :
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
2. Hal ini disebabkan, saya sering menghadapi masalah dengan rakan sebilik. Sepanjang semester ini, kami sering berselisih pendapat dan akhirnya berlaku pergaduhan sehingga saya kini tidak selesa apabila berada di dalam bilik. Untuk pengetahuan tuan/puan, rakan sebilik saya tidak memberikan komitmen semasa membersihkan level mahupun bilik. Tidak adillah bagi seseorang itu kalau hanya dia sahaja yang berpenat lelah membersihkan bilik dan yang lain hanya tahu menyepahkannya. Selain itu, saya tidak dapat menumpukan perhatian ketika mengulangkaji di dalam bilik kerana keadaannya yang cukup bising dan gelap. Tambahan pula, saya rabun. Saya tidak mendapat pencahayaan yang baik apabila mengulangkaji. Apabila saya cuba untuk berbincang dengan rakan sebilik saya, mereka tidak menghiraukannya. Apatah lagi, peperiksaan akhir akan menjelang tiba. Dan paling membuatkan tekanan bagi saya apabila salah seorang rakan sebilik saya bercerita yang buruk-buruk mengenai saya kepada rakan sebilik yang lain. Dan kini, saya merasakan seperti orang asing walaupun berada di dalam bilik sendiri.
3. Sesungguhnya, sepanjang semester ini, saya mengalami tekanan yang cukup hebat daripada rakan sebilik saya. Dan ini mengakibatkan saya hilang tumpuan dalam pelajaran. Pada semester hadapan, saya akan berada dalam semester 3. Dan semester 3 merupakan semester yang mempunyai paling banyak matapelajaran yang perlu saya titikberatkan.
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Berikut adalah ulasan-ulasan daripada rakan-rakan sebilik beliau berdasarkan poin poin yang dinyatakan oleh Syafikah tentang rakan-rakan sebiliknya :
1. Rakan sebilik saya tidak memberikan komitmen semasa membersihkan level mahupun bilik.
- Bilakah anda membersihkan level seorang diri? Ketika itu, kita berempat tidak tahu tentang giliran bilik kita untuk membersihkan level. Malam itu, Sya dan Izyan yang membersihkan level setelah diberitahu oleh Kak Nadia kerana mereka berada di dalam bilik sementara Illy dan Fathin keluar. Setelah pulang, Illy dan Fathin memohon maaf kerana tidak dapat membantu Sya dan Izyan dan berjanji akan melakukan duty level di giliran yang akan datang dan Illy dan Fathin TELAH melakukan duty level untuk bilik kita pada 2 minggu selepas kejadian itu sewaktu Sya menghilangkan diri merempat di bilik orang lain.
2. Berpenat lelah membersihkan bilik dan yang lain hanya tahu menyepahkannya.
- Illy, Fathin dan Izyan tidak pernah sama sekali menyuruh Sya membersihkan bilik mahupun menyepahkan bilik tidak tentu pasal. Jika ingin dibandingkan meja-meja kita berempat, lebih kurang sama je tahap sepah tu. Dan jika Illy, Fathin dan Izyan menyepahkan bilik, kami hanya menyepahkan di tempat masing-masing. Adakah itu menyusahkan awak, Syafikah? Illy sendiri bertanya kepada Sya sewaktu Illy pulang dari kem, Sya bersihkan bilik ke? Sya jawab, “aah..takda kerja. Boring. So, Sya kemas la sikit. Haha,”. So, that means, Sya sendiri yang buat tanpa dipaksa sementara yang lain masih menjaga kebersihan di tempat masing-masing. Fitnah apa Sya hendak lemparkan ni??
3. Apabila saya cuba untuk berbincang dengan rakan sebilik saya, mereka tidak menghiraukannya.
- Sejak bila Sya bersuara? Sya hanya berdiam diri dan meng-iyakan segala pertanyaan orang seperti lagak budak suci. Sya jarang berada di dalam bilik dan hanya pulang untuk tidur. Awak ingat check-in hotel ke?
4. Salah seorang rakan sebilik saya bercerita yang buruk-buruk mengenai saya kepada rakan sebilik yang lain.
- Salah seorang? Sya maksudkan Siti Fathin Husin, bukan? Dalam surat itu apa? Illy pun terlibat sekali secara tidak langsung kan? Ada Illy cari pasal dengan kau ke,pompuan. Sya sendiri mengaibkan rakan-rakan sebiliknya sendiri kepada seluruh para sahabatnya dan keluarganya sendiri. Memberitahu tentang salah orang lain SAHAJA. Salah sendiri tidak sebut pula, kan? Sya sekarang sibuk menagih simpati dari semua pihak dan berlagak baik dengan menunding jari kearah kami. Tidak mengapa, nanti saya akan mengadakan sesi membuka pekung di dada pada segmen yang lain. :)